Sunday 2 February 2014

Cara Mudah Mengira Matematik

Beberapa hari yang lalu, saya telah post berkenaan teknik belajar matematik.. So, untuk hari ini pula saya nak kongsikan pula cara mudah untuk mengira dalam matematik.. Sebenarnya, cara ni saya copy dari blog orang lain tapi saya olah kembali dengan menggunakan ayat saya sendiri.. Hehe! Em, menurut blog yang saya baca tu kan kerja kira ni hanya khas untuk sifir 11 je serta
nombor yang mempunyai 2 digit.. Tapi,, huh! Takpe la, kita terus pada caranya jelah ar..

Contohnya : 11 x 43 = ?
Perkara pertama yang perlu korang buat ialah -:
* pisahkan nombor 4 dengan nombor 3 macam ni --> (4_3)
* tambahkan 4 dan 3 macam ni --> 4 + 3 = 7
* letak 7 di tengah antara 4 dengan 3
* so, jawapannya ialah 473 ..

Tak percaya? Cuba korang kira menggunakan kalkulator.. :)
Macam mana? Sama tak jawapannya???
Ok kita cuba yang ni pula :

11 x 57 = ?
Langkahnya sama je macam diatas cuma ada sedikit kelainan sebab ia merupakan nombor besar atau mempunyai 2 digit pada hasilnya.. Tengok betul!
* pisahkan nombor 5 dengan nombor 7 macam ni --> (5_7)
* tambahkan 5 dan 7 macam ni --> 5 + 7 = 12
* pisahkan hasil tersebut macam ni --> (1_2)
* nombor 1 tu campur dengan nombor awalan iaitu 5, macam ni --> (5_7) = (1 + 5 = 6_7)
* nombor 2 tu pula letak di tengah ruang kosong iaitu antara 6 dengan 7
* jawapannya ialah 627 ..

So? Macam mana? Mudah bukan? Kalau korang dah betul-betul mahir cara ni, korang takyah buat kira-kira pun boleh jawab tau.. Percayalah, sebab itulah korang mesti ada minat pada matematik ni.. Bila dah minat korang betul-betul mendalam, korang boleh buat apa saja jalan penyelesaian versi korang sendiri.. Amacam ok? Hehe!
Semoga bermanfaat.. :)

Monday 13 January 2014

Teknik Belajar Matematik Berkesan

Untuk hari ini, saya nak kongsikan beberapa teknik belajar matematik yang berkesan.. Tekniknya senang je, semua orang boleh buat tak kiralah orang muda atau orang tua sekalipun..
Ok, nilah antara beberapa teknik berserta penerangan ringkasnya -:

1) Wujudkan minat terhadap subjek matematik
      - Ok, untuk subjek matematik ni, kita perlu ada minat yang mendalam terhadap penyelesaian masalah.. Kalau kita tak pandai nak menyelesaikan masalah kita sendiri, macam mana kita nak selesaikan masalah matematik, kan? Subjek matematik ni ibarat teka-teki yang perlu kita selesaikan.. So, kalau kita
takde minat terhadap subjek ni, maka ada sedikit kesukaran yang bakal kita hadapi ketika hendak menyelesaikannya.. Ingatlah, "Tak kenal, maka tak cinta" .. So, mulalah berkenalan dengan cik Matematik.. InsyaAllah korang pasti akan jatuh cinta padanya.. Haha :)

2) Banyakkan buat latihan
      - Subjek matematik ni memerlukan latihan yang sangat banyak agar kita mahir dalam setiap bab.. Cuba tengok balik dalam buku teks korang, ada tak penerangannya panjang lebar macam subjek-subjek lain? Takde kan? Hanya jalan penyelesaian dan contohnya saja ada, kan? Adik-adikku sekalian, kalau setakat baca langkah-langkahnya saja korang
takkan faham tanpa buat latihan.. Percaya atau tidak, orang yang baca buku matematik ni bukan saja diketawakan malahan akan digelar orang gila.. So, buatlah seberapa banyak pun latihan yang korang nak agar korang semakin mahir dalam subjek matematik ni.. Tapi ingat, buat banyak latihan mana sekalipun kalau kejap-kejap takde guna
juga.. Korang kenalah buat secara berterusan supaya korang tak mudah lupa jalan penyelesaiannya, ok?

3) Hafal sifir
      - Ini adalah salah satu teknik yang sangat penting.. Mengapa? Sebabnya, kalau kita hafal sifir kita dengan mudahnya dapat menyelesaikan masalah pendaraban serta pembahagian.. Selain itu, kita juga dapat menjimatkan masa kita untuk menjawabnya terutamanya dalam exam.. Bukankah kita memerlukan masa yang banyak untuk memikirkan jawapan
bagi soalan lain yang patut kita berikan, tak gitu? So, mulalah hafal sifir daripada sekarang..

4) Baca al-Quran
      - Sahabat sekalian, untuk memelihara otak kita daripada penyakit lupa, kita perlulah sentiasa membaca al-Quran bagi yang muslim.. Believe or not, orang yang sering mengamalkan bacaan ayat suci al-Quran pun masih boleh ingat nama dia sendiri walaupun sudah berusia 70 tahun atau lebih berbanding dengan orang yang tidak membaca al-Quran.. Kita
yang muda ni pun kena selalu baca al-Quran sebab baca Quran ni bukan saja wajib, tapi kita juga akan mendapat ganjaran pahala.. Lagipun, tak manislah kalau orang muda macam kita ni dah kena panggil nyanyuk, kan? So, sering-seringlah baca al-Quran ye..

Ok, ni sajalah teknik belajar matematik yang saya tahu dan dapat saya kongsikan.. Saya berharap sangat teknik ni dapat diguna-pakai oleh kalian semua dengan mudah..
Semoga bermanfaat.. :)

Tuesday 31 December 2013

10 perkara yang merosakkan otak

Seperti yang kita ketahui, setiap organ dalam badan kita ini boleh rosak sekiranya kita tidak menjaganya dengan baik.. So, hari ini saya nak kongsikan beberapa perkara yang boleh merosakkan otak kita.. Kita semua tahu bahawa, otak adalah organ tubuh yang sangat penting.. Oleh itu, kita perlu menjaganya dengan baik..
Ok, ini adalah antara 10 perkara yang boleh merosakkan otak kita..

1) Tidak mengambil sarapan pagi
2) Terlebih makan
3) Merokok
4) Mengambil gula berlebihan
5) Menghidu udara yang tercemar
6) Tidur berlebihan
7) Tidur dengan menutup muka
8) Kurang berimaginasi
9) Jarang berfikir
10) Tidak membaca al-Quran

Semoga bermanfaat.. :)

Tahukah anda ?

Tahukah anda? Hah! Hari ni saya nak kongsikan pada korang tentang dua perkara yang mungkin korang sudah tahu atau mungkin juga ada yang belum tahu.. Ok, strait to the point lah.. Korang tahu tak yang sebenarnya senaman mata ni boleh kuatkan daya ingatan? Tak tahu? Hah! Nak citelah ni.. Hehe, sebenarnya kan dengan menggerakkan mata kita ke kiri dan ke kanan secara berulang kali selama 30 saat je pun boleh meningkatkan daya ingatan kita sebanyak 10% tau.. Saya yakin, ramai yang takkan percaya tapi itulah hakikatnya.. So, bagi yang cepat lupa tu saya nasihatkan korang cubalah petua ni.. Walaupun ingatan korang hanya dapat meningkat sebanyak 10% pun dah kira ok daripada korang kena panggil nyanyuk, kan? Tak gitu cik abang dan cik adik? Hehe..

Ok, yang keduanya ialah mengenai coklat hitam atau mat salleh punya bahasa 'dark chocolate'.. Haha! Selama ni kita cuma tahu makan je atau buat kek and macam-macam lagilah kan?  Tahu tak korang bahawa coklat hitam ini sebenarnya boleh mendorong peningkatan IQ kita? Macam dia boleh tingkatkan IQ kita? Ok, ni just penjelasan yang ringkas je kalau korang nak penjelasan yang lebih detail korang boleh search sendiri kat google.. Sebenarnya, dark chocolate atau coklat hitam ni mempunyai kandungan Flavonoid yang dapat menajamkan memori.. So, kalau korang nak tingkatkan daya ingatan korang rajin-rajinlah buat senaman mata dengan makan coklat hitam.. Hehe, jangan lupa ajak kawan-kawan sekali untuk cuba petua ni, ok?

Semoga bermanfaat.. :)

Cara-cara untuk meraih kejayaan

Hai korang!
Untuk post hari ni, saya nak kongsikan pada korang semua mengenai cara-cara untuk kita meraih kejayaan.. Ok, tanpa membuang masa saya akan terus pada point dia..
Di bawah ni adalah antara cara untuk kita meraih kejayaan :-

1) Bahagikan masa dengan bijak antara pelajaran dengan riadah.
2) Berikan sepenuhnya tumpuan semasa guru sedang mengajar.
3) Elakkan sikap menangguh kerja yang diberikan oleh guru.
4) Bina keyakinan diri pada potensi diri untuk berjaya.
5) Sediakan fakta-fakta rujukan yang mencukupi dan lengkap.
6) Dapatkan bantuan guru atau rakan-rakan sekiranya kurang faham.
7) Jangan terlalu bangga pada diri, sentiasalah merendah diri and stay cool.

Ok, itu sajalah.. Semoga bermanfaat.. :)

Sunday 29 December 2013

Pengenalan ..

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
First at all, saya nak ucapkan salam perkenalan kepada korang semua.. Em, sempena cuti sekolah dah nak abis ni saya nak tanya, korang semua apa khabar? Sihat dak? Mesti sihat kan.. Sekolah dah nak start mesti happy-happy.. :) Ok, hari ini saya cuma nak kenalkan blog baru saya.. Sebenarnya tidaklah baru sangat pun, lama dah sejak tahun 2012 lagi.. Blog ni memang lama dah tidak terurus dan saya dah buat renew balik untuk blog ni.. Ini bermakna semua post-post yang lepas saya dah delete and saya cadang nak urus kembali blog ini dengan post yang lebih menarik dan bermanfaat untuk semua peringkat umur.. Oleh itu, saya mohon kepada semua pengunjung blog ini untuk terus membantu memberi sokongan kepada saya agar terus pada dunia blogging ni.. Tapi, sebelum tu saya nak minta maaf sekiranya blog ni kurang sempurna atau tak cantik pada korang.. Almaklumlah, saya ni kan budak baru belajar.. So, sekiranya boleh korang sudi-sudilah bantu saya untuk menambahbaik blog ini.. Hehe.. Oklah, memandangkan ini adalah post pertama saya selepas renew, saya post pendek-pendek jelah kan? Lagipun, ini kan just pengenalan, so buat apa nak panjang-panjang.. Tak gitu? Hehe, ok jumpa lagi pada post akan datang! Bye.. :)