Sunday, 2 February 2014

Cara Mudah Mengira Matematik

Beberapa hari yang lalu, saya telah post berkenaan teknik belajar matematik.. So, untuk hari ini pula saya nak kongsikan pula cara mudah untuk mengira dalam matematik.. Sebenarnya, cara ni saya copy dari blog orang lain tapi saya olah kembali dengan menggunakan ayat saya sendiri.. Hehe! Em, menurut blog yang saya baca tu kan kerja kira ni hanya khas untuk sifir 11 je serta
nombor yang mempunyai 2 digit.. Tapi,, huh! Takpe la, kita terus pada caranya jelah ar..

Contohnya : 11 x 43 = ?
Perkara pertama yang perlu korang buat ialah -:
* pisahkan nombor 4 dengan nombor 3 macam ni --> (4_3)
* tambahkan 4 dan 3 macam ni --> 4 + 3 = 7
* letak 7 di tengah antara 4 dengan 3
* so, jawapannya ialah 473 ..

Tak percaya? Cuba korang kira menggunakan kalkulator.. :)
Macam mana? Sama tak jawapannya???
Ok kita cuba yang ni pula :

11 x 57 = ?
Langkahnya sama je macam diatas cuma ada sedikit kelainan sebab ia merupakan nombor besar atau mempunyai 2 digit pada hasilnya.. Tengok betul!
* pisahkan nombor 5 dengan nombor 7 macam ni --> (5_7)
* tambahkan 5 dan 7 macam ni --> 5 + 7 = 12
* pisahkan hasil tersebut macam ni --> (1_2)
* nombor 1 tu campur dengan nombor awalan iaitu 5, macam ni --> (5_7) = (1 + 5 = 6_7)
* nombor 2 tu pula letak di tengah ruang kosong iaitu antara 6 dengan 7
* jawapannya ialah 627 ..

So? Macam mana? Mudah bukan? Kalau korang dah betul-betul mahir cara ni, korang takyah buat kira-kira pun boleh jawab tau.. Percayalah, sebab itulah korang mesti ada minat pada matematik ni.. Bila dah minat korang betul-betul mendalam, korang boleh buat apa saja jalan penyelesaian versi korang sendiri.. Amacam ok? Hehe!
Semoga bermanfaat.. :)

Monday, 13 January 2014

Teknik Belajar Matematik Berkesan

Untuk hari ini, saya nak kongsikan beberapa teknik belajar matematik yang berkesan.. Tekniknya senang je, semua orang boleh buat tak kiralah orang muda atau orang tua sekalipun..
Ok, nilah antara beberapa teknik berserta penerangan ringkasnya -:

1) Wujudkan minat terhadap subjek matematik
      - Ok, untuk subjek matematik ni, kita perlu ada minat yang mendalam terhadap penyelesaian masalah.. Kalau kita tak pandai nak menyelesaikan masalah kita sendiri, macam mana kita nak selesaikan masalah matematik, kan? Subjek matematik ni ibarat teka-teki yang perlu kita selesaikan.. So, kalau kita
takde minat terhadap subjek ni, maka ada sedikit kesukaran yang bakal kita hadapi ketika hendak menyelesaikannya.. Ingatlah, "Tak kenal, maka tak cinta" .. So, mulalah berkenalan dengan cik Matematik.. InsyaAllah korang pasti akan jatuh cinta padanya.. Haha :)

2) Banyakkan buat latihan
      - Subjek matematik ni memerlukan latihan yang sangat banyak agar kita mahir dalam setiap bab.. Cuba tengok balik dalam buku teks korang, ada tak penerangannya panjang lebar macam subjek-subjek lain? Takde kan? Hanya jalan penyelesaian dan contohnya saja ada, kan? Adik-adikku sekalian, kalau setakat baca langkah-langkahnya saja korang
takkan faham tanpa buat latihan.. Percaya atau tidak, orang yang baca buku matematik ni bukan saja diketawakan malahan akan digelar orang gila.. So, buatlah seberapa banyak pun latihan yang korang nak agar korang semakin mahir dalam subjek matematik ni.. Tapi ingat, buat banyak latihan mana sekalipun kalau kejap-kejap takde guna
juga.. Korang kenalah buat secara berterusan supaya korang tak mudah lupa jalan penyelesaiannya, ok?

3) Hafal sifir
      - Ini adalah salah satu teknik yang sangat penting.. Mengapa? Sebabnya, kalau kita hafal sifir kita dengan mudahnya dapat menyelesaikan masalah pendaraban serta pembahagian.. Selain itu, kita juga dapat menjimatkan masa kita untuk menjawabnya terutamanya dalam exam.. Bukankah kita memerlukan masa yang banyak untuk memikirkan jawapan
bagi soalan lain yang patut kita berikan, tak gitu? So, mulalah hafal sifir daripada sekarang..

4) Baca al-Quran
      - Sahabat sekalian, untuk memelihara otak kita daripada penyakit lupa, kita perlulah sentiasa membaca al-Quran bagi yang muslim.. Believe or not, orang yang sering mengamalkan bacaan ayat suci al-Quran pun masih boleh ingat nama dia sendiri walaupun sudah berusia 70 tahun atau lebih berbanding dengan orang yang tidak membaca al-Quran.. Kita
yang muda ni pun kena selalu baca al-Quran sebab baca Quran ni bukan saja wajib, tapi kita juga akan mendapat ganjaran pahala.. Lagipun, tak manislah kalau orang muda macam kita ni dah kena panggil nyanyuk, kan? So, sering-seringlah baca al-Quran ye..

Ok, ni sajalah teknik belajar matematik yang saya tahu dan dapat saya kongsikan.. Saya berharap sangat teknik ni dapat diguna-pakai oleh kalian semua dengan mudah..
Semoga bermanfaat.. :)