nombor yang mempunyai 2 digit.. Tapi,, huh! Takpe la, kita terus pada caranya jelah ar..
Contohnya : 11 x 43 = ?
Perkara pertama yang perlu korang buat ialah -:
* pisahkan nombor 4 dengan nombor 3 macam ni --> (4_3)
* tambahkan 4 dan 3 macam ni --> 4 + 3 = 7
* letak 7 di tengah antara 4 dengan 3
* so, jawapannya ialah 473 ..
Tak percaya? Cuba korang kira menggunakan kalkulator.. :)
Macam mana? Sama tak jawapannya???
Ok kita cuba yang ni pula :
11 x 57 = ?
Langkahnya sama je macam diatas cuma ada sedikit kelainan sebab ia merupakan nombor besar atau mempunyai 2 digit pada hasilnya.. Tengok betul!
* pisahkan nombor 5 dengan nombor 7 macam ni --> (5_7)
* tambahkan 5 dan 7 macam ni --> 5 + 7 = 12
* pisahkan hasil tersebut macam ni --> (1_2)
* nombor 1 tu campur dengan nombor awalan iaitu 5, macam ni --> (5_7) = (1 + 5 = 6_7)
* nombor 2 tu pula letak di tengah ruang kosong iaitu antara 6 dengan 7
* jawapannya ialah 627 ..
So? Macam mana? Mudah bukan? Kalau korang dah betul-betul mahir cara ni, korang takyah buat kira-kira pun boleh jawab tau.. Percayalah, sebab itulah korang mesti ada minat pada matematik ni.. Bila dah minat korang betul-betul mendalam, korang boleh buat apa saja jalan penyelesaian versi korang sendiri.. Amacam ok? Hehe!
Semoga bermanfaat.. :)
No comments:
Post a Comment