Sunday, 2 February 2014

Cara Mudah Mengira Matematik

Beberapa hari yang lalu, saya telah post berkenaan teknik belajar matematik.. So, untuk hari ini pula saya nak kongsikan pula cara mudah untuk mengira dalam matematik.. Sebenarnya, cara ni saya copy dari blog orang lain tapi saya olah kembali dengan menggunakan ayat saya sendiri.. Hehe! Em, menurut blog yang saya baca tu kan kerja kira ni hanya khas untuk sifir 11 je serta
nombor yang mempunyai 2 digit.. Tapi,, huh! Takpe la, kita terus pada caranya jelah ar..

Contohnya : 11 x 43 = ?
Perkara pertama yang perlu korang buat ialah -:
* pisahkan nombor 4 dengan nombor 3 macam ni --> (4_3)
* tambahkan 4 dan 3 macam ni --> 4 + 3 = 7
* letak 7 di tengah antara 4 dengan 3
* so, jawapannya ialah 473 ..

Tak percaya? Cuba korang kira menggunakan kalkulator.. :)
Macam mana? Sama tak jawapannya???
Ok kita cuba yang ni pula :

11 x 57 = ?
Langkahnya sama je macam diatas cuma ada sedikit kelainan sebab ia merupakan nombor besar atau mempunyai 2 digit pada hasilnya.. Tengok betul!
* pisahkan nombor 5 dengan nombor 7 macam ni --> (5_7)
* tambahkan 5 dan 7 macam ni --> 5 + 7 = 12
* pisahkan hasil tersebut macam ni --> (1_2)
* nombor 1 tu campur dengan nombor awalan iaitu 5, macam ni --> (5_7) = (1 + 5 = 6_7)
* nombor 2 tu pula letak di tengah ruang kosong iaitu antara 6 dengan 7
* jawapannya ialah 627 ..

So? Macam mana? Mudah bukan? Kalau korang dah betul-betul mahir cara ni, korang takyah buat kira-kira pun boleh jawab tau.. Percayalah, sebab itulah korang mesti ada minat pada matematik ni.. Bila dah minat korang betul-betul mendalam, korang boleh buat apa saja jalan penyelesaian versi korang sendiri.. Amacam ok? Hehe!
Semoga bermanfaat.. :)